Tema dan persoalan Kapten Hassan Wira Bangsa

Novel ini bertemakan keberanian dan semangat patriotism seorang anggota tentera semasa berkhidmat dengan pasukan tentera. Hassan menyertai pasukan tentera setelah melihat kekejaman Jepun dan komunis. Dengan semangat dan penuh keberanian beliau telah menggempur tempat perkhemahan komunis. Sepanjang perkhidmatan, beliau telah membunuh 11 orang komunis. Selepas merdeka, dia telah diberhentikan kerana gagal ujian. Namun, semangat untuk menyertai pasukan tentera terus membara lalu diterima menganggotai Pasukan Askar Wataniah.

Sikap masyarakat tempatan yang tidak bersatu menentang penjajah. Semasa penjajahan Jepun, banyak kumpulan ditubuhkan untuk menentang Jepun. Namun, terdapat masyarakat Melayu yang enggan menyertai pertubuhan itu, sebaliknya bermuka-muka dengan Jepun. Hassan terpaksa berkahwin untuk mengelak diri daripada diambil oleh Jepun bagi dihantar ke sempadan Thailand - Myanmar . Selain itu, sikap membalas dendam dalam sesuatu organinasi. Keputusan Hassan diberhentikan dan tiada peluang untuk merayu dibuat oleh pegawai yang dendam terhadap Hassan. Hassan pernah mengadu tindakan pegawai itu melakukan maksiat kepada pegawai atasan. Tambahan itu, pengorbanan anggota pasukan keselamatan tidak mendapat pengiktirafan daripada kerajaan. Walaupun Hassan telah menjalankan tugas dengan cemerlang, tetapi beliau tidak mendapat pencen bulanan. Selain daripada itu, sikap penduduk yang tidak bersatu dalam kalangan penduduk berbilang kaum. Pada zaman penjajahan Jepun masyarakat Melayu, India, dan Cina di Tanah Melayu tidak bersatu padu. Hal ini memberi peluang Inggeris datang ke Tanah Melayu dan meneruskan penjajahannya.